Thursday, 29 November 2018

ARCHITECTURE PRESENTATION BOARD ( REFERENCE )

Assalamualaikum semua. Terlebih dahulu, Iqlima nak minta maaf sebab lama tak menulis. Apa pun mari kita fokus pada tajuk kita.

" ARCHITECTURE PRESENTATION BOARD "

Okay, now Iqlima akan jujur la dekat sini. Pada mulanya, Iqlima tak cari pun reference untuk presentation board. Syukur, lecturer sangat baik, so Iqlima banyak dapat idea-idea daripada mereka. Pasal macam mana nak susun, apa yang perlu fokus dalam board, nak nampak apa dulu and so on. Iqlima berterima kasih sangat dekat lecturer ni, Puan Su sebab banyak bersabar dengan kerenah anak murid dia yang memang nak kena suap ja.


ASIA YOUNG DESIGNER AWARD (AYDA)https://www.asiayoungdesigneraward.com/

Laman ni ada banyak contoh presentation board yang baik dan senang untuk dipraktik mengikut kemampuan masing-masing. Laman ni merupakan satu platform untuk pelajar  berkongsi idea-idea mereka kepada professional designers. 

Iqlima tak nak doa tapi manalah tahu, masa khusyuk buat presentation board, then barulah sedar, tak tahu nak tulis apa untuk explanation sustainable design yang kononnya "diapply" dalam projek. Bolehlah baca dari board mereka and ambil point yang patut. (Sorry, Iqlima mengata dekat diri sendiri so jangan terasa hati.)


Okay, untuk memudahkan kamu semua. Lepas klik link laman tu, pergi terus dekat resources.  Di bawah resources, awak akan jumpa gambar seperti di bawah.



Sekarang Iqlima akan bagi salah satu contoh presentation board yang memang ambil dari AYDA.
Contoh pertama.

FIRST BOARD

SECOND BOARD

THIRD BOARD

Contoh kedua.

FIRST BOARD

SECOND BOARD

THIRD BOARD

Contoh ketiga.

FIRST BOARD

SECOND BOARD

THIRD BOARD

So presentation board yang Iqlima tunjuk tu, adalah antara board kesukaan dari lecturer Iqlima sendiri. Memandangkan lecturer dah berkenan, mata bersinar-sinar  dengan board macam tu, endingnya kami pelajar yang biasa ni. Nak tak nak, kena keluarkan hasil projek hampir macam contoh.

Untuk pengetahuan semua, AYDA memang buat competition setiap sem (tak silap Iqlima la sebab semua senior masuk, senior atas Iqlima, senior kepada senior πŸ˜‚ dan ke atas ) so competition macam ni la, lecturer akan push suruh hantar hasil kerja based on projek la. Rasa beban juga, nak siapkan projek sedia ada dengan pertandingan ni tapi kalau memang bersungguh nak masuk. Tak ada hal, hati memang kena kuat, otak mesti kental dan boleh bekerjasama dengan badan. Iqlima bernasib baik la, sebab competition tu, boleh guna projek sem lepas saja. Dua kelas kena hantar, tak hantar, memang cari sakit. Pihak AYDA akan mari dekat tempat kami belajar unuk bagi input pasal pertandingan, betapa mereka mencari idea-idea fresh dari pelajar.

Dalam AYDA, ada dua kategori, architecture dengan interior design. Memang beri benefits kepada yang bijak guna dan sememangnya boleh belajar dari pemenang-pemenang awards. Iqlima janji, awak akan kagum dengan hasil kerja mereka sampai rambang mata nak pilih board sebagai contoh. Tapi Iqlima nak mencelah sikit, setiap perkara mesti ada la sedikit lack, nanti, jangan hairan kalau mereka punya drawings tak ada scale, tak cukup elevations and so on. Bagi Iqlima, mereka dah menang, mesti lah the best, so yang tak cukup tu, kita tutup sebelah mata.

Sekarang, Iqlima nak berkongsi presentation board daripada kawan-kawan Iqlima sendiri. Bagi Iqlima, board mereka layak menjadi contoh dan hasil kerja mereka memang selalu dapat pujian daripada lecturer. Percaya atau tidak, board mereka menjadi salah satu rujukan yang Iqlima suka dan memang senang follow cara mereka.

First, Iqlima introduce hasil kerja semester 4 oleh kawan sekelas, Fikri Andiqa bin Maslir. 😎Andiqa ibarat big bos dalam kelas, kelas kami memang terkenal dengan dia. Seorang pelajar yang rendah diri, tak banyak cakap sangat tapi kerja dia memang power. Andiqa sememangnya pelajar cemerlang, dari semester 1 lagi dia dekan, kalau tengok dia punya lukisan, memang berbakat. Iqlima sanggup kutip semula dari tong sampah, kalau dia buanglah. So, ni lah hasil kerja Andiqa, idola Iqlima dari semester 1 sampai sekarang.

FIRST BOARD

SECOND BOARD

THIRD BOARD

FOURTH BOARD

Cantik kan? Kelebihan Andiqa, dia pandai tackle facade and space dalam building. Itulah kekurangan Iqlima. 😞

NEXT! Kita pergi kepada Mohd. 'Afif Farhan bin Rushdan. Iqlima admire 'Afif punya kerja dari semester 1 lagi, pendek cerita, 'Afif and Andiqa ni, memang hebat hanya berlainan kelas. Kebolehan mereka memang padu, hanya 'Afif lebih aktif berbanding Andiqa. Board yang Iqlima nak tunjuk dibawah merupakan board yang menang tempat pertama dalam BIM competition. Jom, kita selidik isi board 'Afif. 😊

FIRST BOARD

SECOND BOARD

THIRD BOARD

FOURTH BOARD
Macam mana? Tergugat? Haha. Gurau ja. 'Afif ada berkongsi, dia selalu tengok international competition punya submission, bagi 'Afif, banyak hasil kerja yang elok dari situ. Dia pun berpesan jangan buat kerja tanpa reference.  Antara web yang 'Afif rujuk are


Iqlima pun selalu juga buat research dari web tu, memang bagus, itu sebabnya Iqlima tak ragu-ragu kongsi. Boleh juga cari contoh board di pinterest. Ada macam-macam dalam tu, luar dari topik kita pun ada. Tengoklah, tak rugi pun. Paling tak pun, penuh notification dan habis data πŸ˜‚

Last but not least, senior yang disebut selalu oleh para pensyarah, Nor Farina binti Mohd Hussaini πŸ’— Ni, kalau 8 kali ada kelas design, 8 kali lah lecturer akan sebut nama Farina. "Senior kamu, Farina blaaaa blaaablaa", "Senior you, Farina and the geng pernah menang competition blaa blaa blaa", "uolls, tak boleh beat batch Farina" . Betapa kecilnya kami. Hahaha. Kami pun ada juga orang hebat, hanya tak ada rezeki (backup batch sendiri )

So, board bawah ni adalah hasil kerjasama antara Eyas Norman bin Rosnan dengan Farina la. Mereka dapat first place 😚. Hebatkan semua kawan-kawan Iqlima. Farina pernah dapat PAM best student award 2017. Payah nak dapat award tu. Farina pun pernah menang first prize dalam BIM Design Competition 2016. Haha, tu hanyalah permulaan pasal Farina. Banyak sangat nak cerita tapi Iqlima takut lari dari topik. 😜😝 Ayuh, kita sama-sama tengok hasil kerja mereka.

LOKEN BAZAAR

Kliklah link ni, ada info yang lebih terperinci mengenai Loken Bazaar.

FIRST BOARD

SECOND BOARD

Cantikkan? So, Iqlima share link youtube dibawah, support member😎 (sorry, terlebih info sebab terlalu happy)
https://www.youtube.com/watch?v=kGX-biyHQ64

Okay semua, sampai disini saja. Iqlima minta maaf kena stop sampai sini, Sorry sangat, kalau Iqlima terkasar bahasa atau lari dari topik. Iqlima harap sangat kamu semua boleh follow and faham apa yang Iqlima cuba sampaikan. Iqlima nak ucapkan terima kasih sangat dekat kawan-kawan Iqlima sebab bagi info dan kebenaran untuk jadikan hasil kerja mereka sebagai contoh board. Iqlima doakan yang terbaik untul mereka dan awak semua. Good Luck! Jangan berputus asa πŸ’ͺ Kalau ada rasa malas dalam diri, biasalah tu, belajar.  Iqlima akan fikir satu benda ni ja, kalau terus melayan malas ni, Iqlima akan menyesal atau tak nanti. Then terus ada semangat. πŸ˜… Mudahkan. Jangan cemburu 😝 Andai kata, payah nak dapat idea buat design or so on, pergilah tolong kawan-kawan yang perlu, contohnya, belanja makan, kongsi idea, share tempat rujukan. Buat apa yang mampu, insyaallah, dipermudahkan segala urusan nanti. πŸ’ž